Tuesday, August 18, 2009

Fadilat Ramadhan

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Tuesday, August 11, 2009

ceramah Israk Mikraj

Ceramah di sampaikan oleh ustaz Fauzi zakaria..

para jemaah surau yang kusyuk mendalami apa yg di sampaikan...

turut serta jemaah wanita....


Abg Joe berucap bagi mewakili bossnya

plag penghargaan di sampaikan oleh pengerusi Surau


En Firdaus menerima sijil penghargaan dari pihak surau..


turut sama En Ezham yang membantu...


dan juga En Ismail yang menjadi penasihat pembinaan...

akhirnya simbolik bagi merasmikan surau Abdul Rahman bin Auf
oleh Al Fadzil Ustaz Fauzi Zakaria...

jemaah wanita yang sibuk mempersiapkan hidangan pada malam ceramah....


bagi jemaah lelaki pula sibuk mengemas setelah selesai acara....


kariah surau yg bertungkus lumus menjayakan majlis ini sempat berposing..





Alhamdulillah....akhirnya selesai sudah perasmian bagi Surau Abdul Rahman bin Auf dapat di jalankan dengan penuh ketenangan dan sempurna...para jemaah telah datang berpusu-pusu untuk turut serta dalam majlis yang sederhana....ceramah pula telah di sampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Fauzi Zakaria fellow Phd UM yang sedikit sebanyak dapat memberi hidayah dan petunjuk tentang kebesaran ALLAH S.W.T......di samping itu juga sijil penghargaan telah di sampaikan oleh Pengerusi Surau kepada tiga orang kuat dalam pembinaan penambahan anjung dan bilik mandi jemaah surau taman ini....En Firdaus,En Ezham dan En Ismail memainkan peranan masing2 bagi menyiapkan tambahan anjung dan bilik mandi jenazah....warga surau juga patut di beri ucapan SYABAS dan TAHNIAH kerana turut membantu....di harap kerjasama yang penuh dengan semangat kekeluargaan dapat diteruskan demi masa depan penduduk Taman Subang Impian....semoga selepas ini warga penduduk dapat mengimarahkan lagi surau dan di harap juga kedatangan bulan Ramadhan ini dapat lah sama2 menunaikan solat Terawikh dengan penuh tawaduq dan keinsafan........INSYAALLAH....






Tuesday, August 4, 2009

Surau yang Indah 2

Ketika dalam pembinaan...

Anjung yang boleh memuatkan tambahan jemaah..



bilik jenazah masa dalam pembinaan...


bilik jenazah setelah siap pembinaan..


dulu...


sekarang...



Alhamdulillah...Surau Abdul Rahman bin auf kini sudah mempunyai kelengkapan yang
sempurna bagi kegunaan kariah surau ini.Sumbangan sebanyak RM30 ribu dapat disiapkan
dengan penuh sempurna dengan hasil kerjasama ahli2 kariah surau,terima kasih di ucapkan
kepada En Ezham,En Firdaus dan penasihat pembinaan En Ismail Deraman yang
bertungkus lumus di dalam pembinaan ini.Tidak lupa juga ahli2 kariah Tmn Subang Impian yang sanggup menghabiskan cuti hujung minggu bagi memastikan pembinaan siap mengikut jadual.semangat dan kerjasama tuan2 amat lah di hargai.sebarang perselisihan faham ketika pembinaan ini, itu adalah buah fikiran yang bernas untuk menjadikan ia satu realiti...bak kata pepatah yang ringan sama di jinjing,yg berat sama di pikul...TAHNIAH!!!